Khamis, Jun 06, 2013

Nugget Tauhu & Isi Ketam

Assalamualaikum...

Lama giler tak tulis resepi....kali ni aku nak kongsi dan nak menurunkan ilmu masak2 makan2 dan manusia kepada korang...

Al cerita'nya begini....semalam diwaktu rumah sunyi sepi...sambil pikir nak masak apa...aku tengok kat esbok ada belen tauhu yg jiran sebelah bagi...jiran sebelah aku tauke tauhu dan tempe...so tak payah nak heran sangat kenapa aku boleh bikin naget tauhu nihhhh...naget tempe pun aku pernah buat...tak caya korang geledahlah balik arkib blog aku nihhh...

Memula tu taklah terniat sangat nak buat naget tauhu ni...tapi tetiba jer aku teringat kat blog melly octaviana pun dia pernah buat naget tauhu...dulu masa aku buat naget tempe tu pun asalnya dari blog dia'lah jugakkk...tapi resepi ni aku tak ikut bulat2 dari blog dia...aku cuma tenguk2 pastu tenguk yg lain yg lain dan yg lain2....alih2 aku pikir sendiri diolah dari pelbagai sumber....

Terima kasih kepada kawan aku yg ehem2 tu kerana tolong uploadkan gambar kat iG dia sehingga mencecah lebih 200 like...aku punya gambar tapi tumpang dia punya iG....ehehehe

Jom layan resepinya...



Nama Resepi :- Nugget Tauhu & Isi Ketam
Sumber Resepi :- Pelbagai

Bahan2nya

5 keping - tauhu dicincang halus
3 batang - isi ketam dicincang halus
2 biji - telur pukul sedikit 
1 sudu kecil - lada sulah
2 sudu besar - tepung gandum
3 sudu besar - oat segera
Garam - secukupnya
Breadcrumbs ( serbuk roti ) Oren - secukupnya

Cara2nya

1.Hancurkan tauhu guna whisk atau garpu....kemudian tambahkan semua bahan kecuali breadcrumbs.

2.Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan menjadi doh..kemudian kepalkan mengikut bentuk yg disukai...golekkan pada breadcrumbs sehingga rata.

3.Set doh tauhu tadi dalam peti ais beku selama 30 minit atau lebih.

4.Goreng dalam minyak yg banyak sehingga warna keemasan.

5.Siap dihidangkan sebagai lauk stau makan bersama sos pilihan.

Tips Tambahan

-boleh gantikan isi ketam dengan isi udang atau isi ayam mengikut citarasa
-tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga doh boleh dikepal...tapi pastikan doh tidak terlebih tepung
-boleh juga tambahkan ketulan keju cheddar
-untuk lebih kreatif juga...boleh tambahkan bahan2 yg disuka kedalam doh

Selamat Mencuba

**** gambar yg mendapat lebih 200 like dari instagram kawan aku yg baik hati...


tq friend.....inchik ehem ehem....kikiki


3 ulasan:

  1. Memememey kak....sedapnya.....

    BalasPadam
  2. Wahhh...menyelerakan tgk gambar tu... lebih berselera kalau dpt merasa barang seketul dua..heheeheeee...

    BalasPadam
  3. Lupa la pasal blog tong gas ni...nanti nak intai lagi..

    BalasPadam

Nak Komen Boleh....Tak Nak Komen Pun Boleh