Isnin, Mei 27, 2013

My Baked Small Shell Pasta.....Violaaaa






Assalamaualaikum....

Sebelum tengok makanan dan rasa nak makan sila baca Bismillah dulu....baru makanan nampak lebih lazat rasa lebih nikmat dihadam dengan berkat......

Petang semalam lepas asar....aku tetiba rasa nak buat makanan untuk haiti....lagipun rumah tengah lapang sebab budak2 yg aku jaga tak datang....cuti kannnnn...yg ada keluar masuk keluar masuk cuma anak2 buah aku....ada jer yg digodek dibelek dijenguk kat dapur...cari apa2 yg boleh dimakan....tapi itu perkara biasa...aku tak pernah kisah....makanlah selagi ada....

Kakak pun dah boleh diharap nampaknya....berkat selepas beberapa kali ditarbiah oleh aku...mungkin ada sedikit kesedaran timbul dalam dirinya.....melentur buluh biar dari rebungnya....kalau dah jadi buluh pastu baru nak lentur alamatnya muka kita kena tibai balik ngan buluh tu.....

Okay....pas aku suruh kakak kopek bawang merah ngan putih...aku pun rebus stok pasta yg sentiasa standby kat rak tepi peti ais tu.....resepi ni sangat simple...takder sukatan khas...ikut suka nak letak apa...




Nama Resepi :- Baked Small Shell Pasta

Sumber Resepi :-

Bahan2

1 paket - pasta small shell jenama san remo direbus
1 labu - bawang besar didadu
3 ulas - bawang putih dicincang kasar
2 biji - tomato buang biji dan hiris kasar
1 cawan - daging kisar jenama ramly
1 paket kecil - mix vege
3 sudu besar - cili giling
1 sudu besar- herba campuran
1 sudu besar - oregano
4 biji - telur dipukul
4 batang - daun sup dicincang halus
garam - secukupnya
gula - secukupnya

Cara2nya

1. Tumis bawang merah,bawang putih herba campuran dan oregano sehingga naik bau

2. Kemudian tumis sekali cili giling dan daging cincang dan mix vege dan tumis sehingga daging masak

3. Masukkan pula tomato yg dihiris dengan daun sup tumis sehingga terbit bau wangi kemudian masukkan garam dan gula secukupnya.

4.Masukkan pula pasta small shell yg dah direbus terlebih dahulu kemudia kacau dan goreng hingga sebati dan mesra...matikan api

5.Pecahkan 4 biji telur dan kacau sedikit dalam bekas yg sederhana besar...masukkan 5 senduk atau secukupnya pasta small shell yg dah digoreng tadi...kacau sebati dalam telur dan tuang dalam bekas caserroll yg sesuai...

6.Masukkan dalam microwave dengan menggunakan kaedah memasak bubur...biarkan sehingga microwave berhenti sendiri dan menandakan bunyi " sudah siap "

7. Potong dan hidangkan bersama sos cili jika suka.


Tips Tambahan 
- boleh tabur keju sebelum bakar jika suka
-1 paket pasta boleh dapat banyak dan buat sampai 3 kali bakar


biar menu nampak barat tapi pinggan tetap tradisional....





0 23-->> Orang Juri Komen:

Catat Ulasan

Nak Komen Boleh....Tak Nak Komen Pun Boleh