Sabtu, Mac 22, 2014

My Fried Loh See Fun / Laksa Pendek Goreng

0 23-->> Orang Juri Komen
Asalamualaikum....

Nak cerita sikit sebelum tepek resepi....aku tak ingat samada aku pernah makan ke tidak Loh See Fun ni atau Laksa Pendek...tapi yg betul2 buat aku tak boleh lupa waktu makam pertama kali ialah masa aku ikut event Sahabat Media kat Sepang Gold Coast...

Cara penyediaan dan bahan yang digunakan untuk masak Loh See Fun ni pun sangat simple....bila makan jer aku rasa aku dah boleh agak apa bahan2 yg digunakan....hohoho

Balik dari situ...aku pun bercita-cita nak masak yang sama....Loh See Fun ni bukan ada kat merata kedai...tapi aku pernah nampak kat satu pasaraya ni....makanya bila dah ada masa lapang aku ke pasaraya tu dan beli sebungkus dua Laksa Pendek ni....



Nama Resepi : Loh See Fun Goreng 

Bahan2

1 bungkus - loh see fun / laksa pendek
3 ulas - bawang putih
1 sudu kecil - lada hitam ditumbuk kasar
3 sudu besar - kicap cair
2 sudu besar - sos tiram
2 sudu besar - kicap pekat atau kicap ABC
segenggam - taugeh
sedikit - bawang goreng sebagai hiasan

Cara2

1. Rebus laksa pendek sehingga kembang dan toskan

2. Tumis bawang putih dan lada hitam dengan sedikit minyak

3. Masukkan segala jenis kicap 

4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula

5. Masukkan taugeh , kacau sebentar matikn api

6. Taburkan dengan bawang goreng

Tips Tambahan

-loh see fun ni boleh jugak goreng macam mee goreng 
-boleh tambah sayur lain seperti sawi atau kucai
-boleh gantikan lada hitam dengan cili padi jika suka
-boleh tambah fishcake atau fishball atau kepingan ayam juga

Selamat mencuba...!!

Khamis, Mac 20, 2014

My Padprik Ayam Paling Mudah

0 23-->> Orang Juri Komen
Asalamualaikum.....

Resepi ni aku tujukan khas buat kawan aku yang namanya tak ingin dirahsiakan iaitu +nurul nadia.....harap dia baca sambil tersengih-sengih...kikiki

Aku harap beliau akan rajin masak dengan publish'nya resepi ni.....aku berterima kasih pada beliau sebab beliau selalu sapot segala resepi aku dan blog aku yang tak seberapa nihhhh.....thank you beb......

Sambung balik pasal resepi.....

Aku suka masak padprik camni sebab mudah dan sedap....biasanya aku akan masak padprik bila masak tomyam....cam order kedai tomyam'lah...ada tomyam ada padprik....ehehehe

Tapi...sukacita aku nak bagitahu yang pes tomyam padprik ni aku buat sendiri tau....aku buat banyak2 pastu aku simpan dalam botol dan letak dalam esbok...bila nak guna cedok jer....tapi mana yg takder pes tomyam homemade boleh jer guna kiub tomyam Knorr atau seumpamanya....

Bahan2 ni semua takder sukatan tepat...korag boleh pelbagaikan mengikut citarasa tekak masing2....kalau nak pedas tambah cili padi atau masa nak tumis bawang korang boleh tumis sekali dengan sedikit cili boh....yang ni aku bagi bahan2 asas jer yer....cara yang sama boleh digunakan untuk buat padprik udang dan sotong atau campur...takder hal punya asal boleh....

Nama Resepi : Padprik Ayam

Bahan2

3 ketul - daging ayam , ambil isi dan hiris nipis atau ikut sesuai
4 sudu besar - pes tomyam ---> apa2 brand pun boleh
2 sudu besar - sos ikan
1 sudu besar - jus limau
2 sudu besar - kicap ABC
1 biji - bawang holland / bawang besar - potong bulat
3 ulas - bawang putih - diketuk
5 batang - cili padi - diketuk
2 batang - serai diketuk dan potong besar
1 batang - lobak merah potong panjang --> atau ikut suka nak bentuk macamana
3 batang - kacang panjang dipatahkan
4 helai - daun limau purut

Cara2nya

1. Tumis bawang holland , bawang putih , serai , cili padi sehingga naik bau

2. Tambahkan pes tomyam atau kiub tomyam

3. Masukkan hirisan ayam dan kacau sehingga isi ayam tadi sebati dengan tumisan

4. Masukkan lobak merah dan kacang panjang dan kacau seketika baru masukkan sos ikan , kicap ABC dan jus limau

5. Tambah sedikit air jika perlu dan sesuaikan garam juga gula secukup rasa

6. Tambah daun limau , gaul sebentar dan matikan api

7. Siap dihidang bersama nasi panas dan kuah Tomyam


Selamat mencuba....

Rabu, Mac 19, 2014

My Kuih Onde2 / Kuih Bom Bijan

0 23-->> Orang Juri Komen

Asalamualaikum.....

Satu petang beberapa hari selepas aku menguli tepung pulut untuk buat tempahan Kuih Koci...aku rasa aku nak buat kuih lain yang guna tepung pulut jugak.....sekali aku teringat kuih yg ada bijan2 atasnya....biasa panggil Kuih Bom...rupanya ada jugak yang panggil Kuih Onde2.....hurmmmm yang mana nama kuih yg asli sebenarnya aku pun tak tahu.....

Kebetulan jugak dalam esbok aku ada baki inti kacang hijau...baki masa buat Kuih Kasturi...mak aku yg buat intinya...sedap gilerrrr dowhhh....intinya aku ratah gitu jer pun sedappp....ehehehehe

Aku buat satu adunan jer...itu pun aku kepal besar2....lebih 20 biji....kalau kecik2 lagilah banyak aku rasa...

Petang tu buat petang tu jugak habis....alhamdulillah....buat makan adik beradik jer pun.....

Kalau ikut resepi asal....kena campur tepung beras...tapi aku tertarik dengan satu komen kat resepi tu yg katanya boleh gantikan tepung beras dengan tepung gandum....menggantikan tepung juga boleh mengurangkan rasa takut waktu menggoreng kuih tu bertukar menjadi bom....

Hasilnya memang betul...setelah aku ganti bahan resepi asal yang guna tepung beras kepada tepung gandum...pertama kuih tak meletop bila digoreng seperti kebanyakkan komen yg aku baca....kuih jugak lembut walau dah sejuk....

Aku rasa lepas ni kalau teringin nak makan kuih ni...aku akan gunakan resepi yg sama....

Jom salin resepi...nanti boleh buat.....tak lupa aku nak bagitahu yg sumber resepi ni aku ambik dari page Buku Resepi di Facebook

Nama Resepi : Kuih Bom Onde2
Sumber :- Buku Resepi Facebook

Bahan2

3 cawan - tepung pulut
1 cawan - tepung gandum
2 sudu besar - gula
1 1/2  cawan - air
secukupnya - inti kacang hijau 
secukupnya - bijan
secukupnya - minyak masak

Cara2

1. Satukan semua tepung dan gula , gaul sebati dengan tangan .

2. Campurkan air dan uli sehingga adunan sebati menjadi doh

3. Ambil sedikit minyak dan ratakan pada tapak tangan .

4. Ambil doh...leperkan pada tapak tangan yang dah berminyak...sudukan inti letak ditengah doh dan tutup doh dengan kemas . 

5. Golekkan doh yg dah berinti dengan bijan .

6. Buat sehingga habis adunan , goreng dengan minyak penuh dengan api sederhana besar.

7. Siap dihidangkan untuk minum petang .

Tips Tambahan
-boleh cuba ganti inti manis dengan pedas seperti sardin atau tuna


Selamat Mencuba

Rabu, Mac 12, 2014

My Sotong Sambal Kicap

0 23-->> Orang Juri Komen
Hurmmmm....baru sebut sotong jer dah gatal...belum makang lagi.....tapi takper...aku dah standby ubat sampai 3 papan sebelum makan sotong...tapi janganlah ingat aku makan ubat sampai 3 papan....sehari boleh makan sebiji jer pil alergik tu.....

Biasanya sotong putih tu aku masak sambal kunyit jer......tapi kali ni aku tambah kicap....kicap Jalen kooooooooo....harga murah rasa pun sedap....

Anak2 makan berselera dan bertambah-tambah nasi....aku pulak bertambah-tambah gatal kulit jadinya...pastu garuk-garuk.....tapi bagi aku...gatal tolak tepi yang penting makan dulu...ehehehe



Nama Resepi :- Sotong Sambal Kicap

Bahan2

1/2 kg - sotong putih ( bersihkan , potong ikut saiz yang sesuai dan tos )
2 biji - bawang besar --> kisar
5 ulas - bawang putih --> kisar
10 batang - cili padi --> kisar
2 batang - cili merah --> kisar
2 batang serai - diketuk
2 keping - asam keping
secukupnya - Kicap Jalen Lemak Manis
secukupnya - garam dan gula

Cara2nya

1.Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar termasuk serai

2.Biarkan naik bau dan pecah minyak

3.Masukkan asam keping dan kicap

4.Masukkan sotong dan biarkan mendidih dalam 5 minit

5.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya

6.Tutup api dan hidang dengan nasi panas....---> memang perghhhhhh

Nota Tambahan :-
-boleh tambah cili lagi jika suka pedas
-jgn terus tambah gula dan garam sebelum kicap sebab kicap tu dah masin dan manis...kalau kurang rasa baru tambah secukupnya

Selamat mencuba..


Selasa, Mac 11, 2014

My Siakap Kukus Mudah Dan Senang

0 23-->> Orang Juri Komen
Asalamualaikum.....

Kali ni aku nak kongsi resepi yang rasanya dah kerapa2 sangat aku masak....selain dari nak menjaga faktor kesihatan...faktor mudah dan sedap jugak membuatkan aku tak jemu masak resepi ni dan anak2 serta keluarga pulak tak pernah jemu makan menu yg sama dalam seminggu 2 atau 3 kali.....kuikuikui

Biasanya bekalan ikan siakap ni....aku dapat dari abg biras aku yang sesekali pergi mancing kat kolam....saiz ikan pun bukan yang 1 kilo punya....biasanya 2 atau 3 kilo lebih dan keatas punya saiz ikan siakap yg biras aku bawak balik dari mancing.....

Bahan2 pun senang didapati...kalau ada stok tomato...aku gunakan...kalau takder pun takper...sama macam halia....tapi yang penting kena ada....mestilah sos ikan , jus limau , cili api ngan serai...bahan2 pun tak ikut sukatan...ikut sesuai ikan yg ada...kalau ikut dalam gambar ni aku cuma guna serai , cili padi , sos ikan , jus limau dan daun limau purut jer ...jom kita baca resepi ni yer......

Nama Resepi : Siakap Kukus 

Bahan2

Ikan Siakap
Sos Ikan
Jus Limau
Cili Padi - diketuk atau dihiris kasar
Halia - dihiris kasar
Tomato - dibelah enam
Serai - diketuk dan dihiris kasar
Lada Hitam - tumbuk kasar
Daun Limau Purut
Garam - secukupnya

Cara2nya

1. Ikan dibersihkan dan dikelar sedikit badan'nya.

2. Lumurkan keseluruhan ikan dengan garam secukupnya.

3. Lumurkan juga ikan dengan sos ikan dan jus limau.

4. Taburkan dengan hirisan serai , cili padi , halia dan tomato.

5. Akhir sekali taburkan dengan lada hitam dan daun limau purut.

6. Kukus ikan 20 minit atau sehingga masak dengan api sederhana besar.

7. Siap dihidangkan

Selamat mencuba

Rabu, Oktober 30, 2013

My Siakap Goreng Bercili

4 23-->> Orang Juri Komen
Assalamualaikum.....

Wahhhhhh...nampak cam menarik jer...menarik jerrrkannn ikan ni.....?? kikiki

Elehhhh...takkan gurau sikit pun tak boleh...tak boleh....

Ikan ni dah lama giler beli kat pasar gelap....tapi lepas beli siang2 sikit pastu terus masuk esbok beku...adi rasa manis ikan tu masi ada lagilahh...tak lari sangat....memula niat beli ikan ni aku nak buat kukus jer....tapi tak jadi...dulu2 masa biras aku rajin gi mancing kat kolam...setakat 4 ke 5 ekor ikan siakap yg besar2 tu memang mesti sampai kat rumah....sekarang dia dah bizi...maka takdop'lah lagi...rindu jugak nak makan ikan siakap nih....aku beli 2 ekor....sekor aku masak buat lauk tengahari....memula cam nak masak lemak....tapi kensel....sebab aku nak masak batang keladi yg beli semalam....

Walau resepi nampak cam cincai boncai tapi masih jugak kena tulis resepinya....tak korang yg baca...esok2 anak2 aku plak kanggg nak bacanya.....idakler nanti aku kena wariskan buku resepi setebal kamus dewan bahasa dan pustaka nantiii....---> anak2 mama...kalo korang baca nih....jgn lupa buat...jgn baca jer tau....tengok ayah korang kalo makan apa yg mama masak....jadi gunakan resepi2 mama ni untuk masa depan korang semasa didapur kelak...

Kannn kann kannn......??? ehehehehe


Nama Resepi :- Siakap Goreng Bercili

Bahan2

1 ekor - ikan siakap potong 3 atau ikut suka nak potong atau tak
1 cawan - cili giling
1 labu - bawang besar potong bulat
2 inci halia - hiris
2 biji - tomato belah 6
1 sudu besar - sos ikan
1 sudu besar - kicap lemak manis
1/2 sudu besar - cuka makan
Garam Dan Gula - secukupnya

Cara2nya

1.Ikan siakap yg dpotong lumur dengan kunyit dan garam kemudian goreng garing dalam minyak.
2.Tumis cili giling,halia dan bawang besar sehingga masak
3.Masukkan tomato, sos ikan , kicap ,cuka kemudian gaul sebati
4.Masukkan pula garam dan gula secukupnya.
5.Gaulkan sebati dengan ikan yg telah siap digoreng atau curah sahaja sambal tadi keatas ikan mengikut cara dan kemahuan masing2.

Tips Tambahan

-nak lebih pedas boleh tambahkan cili giling atau hirisan cili api
-boleh juga tambahkan cili hijau atau cili benggala kedalam tumisan untuk lebih menarik
-boleh juga gunakan kicap pekat seperti kicap ABC


Selamat Mencuba....!!!!!

Isnin, Oktober 28, 2013

Lasagna Ayam

3 23-->> Orang Juri Komen
Assalamualaikum....

Entry kali ni aku akan kongsikan resepi Lasagna Ayam.....kali ni aku letak apa yg aku rasa aku nak letak....segala macam erba aku letak jugak....cuma aku jadika ianya proses yg cepat yg senang dan yg mudah....dan juga surprise.....sebab kali ni aku terlupa giler nak guna susu segar sebagai campuran untuk sos putih....heeee....aku guna Sos Carbonara segera jer...brand Preego jugak....

Iyer aku tau....ianya semudah ABC untuk membuatnya...tapi jangan itu yg dipandang ok....aku buat pun atas permintaan anak buah aku.....sejak belum balik dari kolej lagi dia dah bagitahu dia nak moksu iaitu aku buatkan Lasagna....sayang nak bua punya pasal...buatkanla jugak walaupun dalam proses buat tu jari aku terluka tersiat tin Sos Carbonara....alhamdulillah.....dapat hapus dosa sikit......

apa yg paling terarunya....kebetulan dalam 5 minit Lasagna aku masak....abg aku yg duduk kat joor tu balik kejapa jengauk mak kat ruma dengan kawannya....dia singgah sini semasa dia ada seminar kat otel De Palma Inn Shah Alam....

Kira rezeki langkah kanan'lah abg aku ni ngan kawannya....Lasagna aku hangat lagi dalam oven....demi menghormati tetamu....aku potong Lasagna tu dan aku hidangkan buat abg aku dan kawannya.....

Katanya abg aku....perut kenyang lagi nihh...baru makan kat hotel...macam2 ada.....tapi kawan abg aku bila makan sesuap jer Lasagna aku...terus dia kata...." rasa macam pizza lah...." aku pun terus..."haaaa....?? yer ker...??? mungkin pasal sosnya yg masam2 sikit....tapi dalam masa menyuap tu dia asyik puji dan asyik tanya aku macam2 pasal Lasagna ni.... dia kata rasa makanan baru....bole bukak restoren....resepi sendiri ker....ehhh macam2'lahh....aku suspek kawan abg aku tu mungkin baru first time makan Lasagna kot.....agaknyalahh....manalah aku tauuuu....kikiki...yang penting hati tetamu gembira dan berselera makan hidangan aku....syukur sangat....walaupun perut diorang kenyang....tapi abis licin jugak Lasagna dalam piring masing2.....ohohoho....bangga...bangga....

Tak lupa pada yg menanya resepi kat iG....walaupun ada sudah resepi Lasagna ni....tapi kali ni aku buat ikut cara aku sendiri tanpa meruuk resepi2 kat blog...asas semua masi sama...cuma ikut kitala nak ejas...nak tamba apa2 bahan ikut selera kita dan ikut apa bahan yg ada kat dapur......

Nama Resepi :- Lasagna Ayam 

Resepi Lasagna Yg Dulu :- Lasagna Sardin

Bahan2

2 Kotak - lasagna segera

Bahan Untuk Sos Spaghetti

250grm - daging ayam cincang
1 botol besar - sos spaghetti preego
1 labu besar - bawang holland/kuning - didadu
1 sudu besar - serbuk cili/ paprika
1/2 sudu besar - lada hitam yang dikisar kasar
1/2 sudu besar - oregano
1/2 sudu besar - mix herbs
1 kiub - ayam "knorr"
1 botol air - sukatan air guna 1 botol sos preego
Garam Gula - secukupnya

Cara2nya

1.Panaskan minyak dan tumis bawang holland dengan serbuk cili yg dibancuh sedikit air.
2.Tumiskan juga ,lada hitam,oregano,mix herbs dan kiub ayam
3.Masukkan daging ayam yg dah dicincang
4.Masukkan sos spaghetti
5.Tambahkan air dan garam secukup rasa

Bahan2 Sos Putih Carbonara

4 ulas - bawang putih dicincang halus
2 tin - sos carbonara Preego
1 sudu besar - lada putih kisar
1 cawan -  keju mozarella parut
2 tin air - sukatan air guna 2 tin sos carbonara

Cara2nya

1.Panaskan minyak , tumis bawang puti dan lada putih kisar
2.Masukkan sos carbonara
3.Tambah air dan biarkan mendidih sebentar
4.Masukkan keju mozarella
5.Kacau sebati hingga keju mencair
6.Tabur sedikit garam, kacau sebati dan matikan api

Cara Melapis Lasagna

1.Lengserkan keseluruan dalam loyang dengan sedikit planta
2.Tuang sesenduk sos spaghetti untuk lapisan pertama
3.Susun lasagna diatas sos spagetthi dengan 2 lapisan pasta
4.Tutup pasta dengan sos spaghetti kemudian sos carbonara
5.Ulag langkah sehingga habis lapisan pasta diselang seli dengan kedua-dua sos
6.Akhiri dengan sos spaghetti dan sos carbonara dan taburkan keju mozarella secukupnya
7.Bakar guna api bawah dulu dalam 20 minit...dan guna api atas pula 20 minit dengan suhu 200'c atau sehingga masak dan sedikit garing pada permukaan.
8.Siap dihidangkan

Tips Tambahan
-bole tambahkan hirisan cendawan butang semasa menumis dalam sos carbonara
-sos spagetti tu boleh dipekatkan dengan cara didih seketika jika terlebih air
-boleh juga gantikan penggunaan air dengan susu segar semasa memasak sos carbonara untuk lebih lemak


Selamat Mencuba...!!!!