Rasa nak makan kek...tapi malas jer nak buat....tapi kek batik ni adalah kek semalas-malas manusia yg paling malas kalau buat mesti jadi jugak kecuali malas yg memang malas campur pemalas nak meninggal.....
Hahahaha....taklahhhh....aku tau itu kadang bukan malas cuma dah memang nasib dia tak boleh dan tak reti atau kotak fikran untuk buat kek batik belum terbuka....sungguh dia suka makan tapi tetap tak tau nak buat...aku percaya memang ada orang yg macamtu....contoh cam aku....aku tak pandai menjahit tapi aku suka sangat kalau aku ni tergolong dalam kategori pandai menjahit...walau aku suka tapi tetap juga ilmu jahit menjahit ni tak nak melekat dalam kepala....kalau sekalipun aku menjahit tapi hasilnya memang buruk giler serupa tak payah menjahit lagi bagus atau lebih manis dipandang.....
Ehehehehe...tetiba lari tajuk daaaaa
Alamdulillah dalam banyak2 kelebihan yg Allah anugerahkan pada aku ialah bakat memasak....walau tak sehebat Master Chef atau tak stended Chef Kenduri Kendara....bolehlah setakat nak menggemokkan diri sendiri....keluarga dan sanak saudara.....walau ada yg kata aku hebat setaraf CHEF tapi aku cuma anggap itu adalah pujian tanda penghargaan aku sanggup nak masak jugak walau tak sedap mana....hiasan dan persembahan makanan lagilah ke laut....
Tapi aku tahu apa resepi nak masak...supaya sedap....tak perlu penambah perisa seperti sesedap rasa secukup rasa atau ajinomoto...yang pentingnya seperti dibawah.....
Waktu memasak hati kita kena gembira...hati kita nak orang yang makan masakan kita nanti akan gembira apabila menikmati makanan yg kita masak dengan hati yang gembira....apabila kita masak dengan hati yg gembira...orang yang makan masakan kita pasti akan rasa gembira kerana menikmati makanan dari hati tukang masak yang gembira..... ---> gembira tak korang dengan kegembiraan ni....ehehehe
Ikhlas itu sudah tentu......
Aku selalu masak untuk mereka nikmati....bukan aku masak untuk diri aku sendiri.....aku nak lidah dan tekak diorang yg rasa sedap dan enak bila makan makanan itu...bukan untuk lidah dan tekak aku merasai sedap dan enak makanan itu.....senang cer....aku masak untuk mereka makan bukan aku masak untuk aku makan.....
Okaylah....oleh kerana ada yg tanya pasal resepi Kek Batik Buah Biskut Marie ni.....inilah resepinya.....bagi aku tiada resepi yang rahsia kecuali yang sengaja dirahsiakan...
antara bahan asas untuk buat kek batik..... |
biskut marie 2 perisa yg dipatah 4 |
Nama Resepi :- Kek Batik Buah
Bahan2 A
2 bungkus - biskut marie
1 ketul atau 250grm - butter/mentega
Bahan2 B
*1/2 cawan - serbuk koko
*1/2 cawan - minuman coklat ---> vico,ovaltine dan yang sewaktu dengannya ( milo nestle boikot...)
*1 paket - cadbury hot chocolate ---> Rujuk Glosari
*1/2 tin - susu pekat
*1/2 cawan - gula pasir
*2 sudu besar - esen vanilla
*1 cawan - air panas mendidih
1 kotak - buah campuran/mix fruit
3 biji - telur gred A
Cara2nya
1.Patah2kan biskut marie kepada 4 bahagian dan letak dalam bekas yg agak besar.
2.Campurkan semua bahan2 bertanda ( * ) dan gaul sebati.
3.Panaskan periuk dan cairkan mentega.
4.Masukkan bahan2 bertanda ( * ) yg telah dibancuh.
5.Masukkan buah campuran dan telur.
6.Gaul dengan whisk sehingga campuran tadi menjadi agak pekat dan berat.
7.Matikan api dan tuang bahan keatas biskut marie.
8.Gaul bahan dengan biskut marie sehingga sebati.
9.Masukkan dalam bekas yang sesuai dan tekan adunan sehingga mampat ke bawah.
10.Sejukkan dalam peti ais...selepas beberapa jam bolehlah dipotong dan dimakan.

Tips Tambahan
-boleh tambah atau kurangkan susu dan gula mengikut tekak dan citarasa masing2
-boleh gantikan kekacang dari buahan campur
-boleh tuang topping jika suka
-boleh tabur kelapa kering jika suka juga
-boleh tambah atau kurangkan susu dan gula mengikut tekak dan citarasa masing2
-boleh gantikan kekacang dari buahan campur
-boleh tuang topping jika suka
-boleh tabur kelapa kering jika suka juga
Selamat mencuba.....!!
knp milo nestle boikot tp cadbury pki plak...cadbury pon nestle gak
BalasPadamcadbury bukan produk nestle...boleh gugel
BalasPadam