Khamis, Oktober 25, 2012

My Famous Amous Cookies a.k.a More Chips Kukis

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri....

Sewaktu semua sedang beraya dirumah sahabat2 jiran2 sanak saudara dan sapa2 yg dikenali....aku plak beraya dengan resepi dan blog.....percayalah yg setelah enam hari raya aku baru sampai 4 rumah jiran sebelah menyebelah...rumah ipar2 masa raya pertama....kenapa aku tak beraya jauh2 nun...ada sebab dan bukan saja2 yerrr...jangan ingat aku ni pemalas apatah lagi sombong....oh no....itu bukan aku....bukan aku punya perangai diwaktu itu....waktu2 lain mungkinlah... itupun mengikut keadaan semasa dan persekitaran...ehehehehe

Apakah yg aku cerita ni kan.....??? ohhhh cenggini....selain aku nak kongsi resepi kukis ni...mesti kena tahu cerita ceriti disebaliknya....camnerlah aku bleh terajin dan terbuat kukis ni...senang cer aku memang dah plan dan berazam nak buat kuih biskut raya sendiri...aku cuba mengurangkan bajet membeli kuih dan biskut raya....tapi tahun lepas memang seharam kuih biskut aku tak buat kecuali kuih Ranting Buruk yg jadi sumber pendapatan tambahan aku menjelang hari nak raya....tahun ni plak aku tak buat dan aku tolak semua order Ranting Buruk sebab aku nak tumpukan pada MAKING OFF KUKIS/cookies....

So selepas habis gugel dan baca semua resepi dan cara2nya maka terlist sudah beberapa kukis yg bakal di make off'kan oleh aku...antaranya ialah Kukis ala Famous Amous yg dah lama giler aku tak beli sebab mahal nak meninggal.....---> rasa sedap mestilah mahal

Tapi manalah anak2 aku pernah makan Famos Amous punya biskut tu....jadi nama lain yg aku terangkan ngan anak2 ialah Biskut Chips More....lagipun banyak gila cip coklat aku letak kat kukis tu....aku guna cip coklat dark dan cip coklat putih....jadi bukan chips more tapi more n more n more chips...kuikuikui 

Kukis ni bila2 rajin boleh buat...tak yah nak tunggu raya baru buat....nak hadap sendiri boleh...kalo nak buat untuk hadiah ker...door gift untuk kenduri kendara ker sesuai sangat...buat kecik besar duit 50sen ker pastu simpan dalam bekas comel2...buat bisnes ker... <--- projek raya tahun depan insyaAllah boleh jer....

Aku buat 4 adunan tau kukis ni...seminggu raya dah habis....cer bayangkan camner banyak 4 adunan tu....satu adunan pun dah banyak tauuuu.....ada satu dialog kelakar yg mak aku dengar bila org makan kukis ni...pastu mak aku cerita kat aku....

Tetamu :- " yang2...cuba rasa biskut ni..muka buruk tapi rasa sedap...abang dah makan banyak ni...dah banyak habis..."
Bini Tetamu :- " ialah bang..."

Erkkkk buruk sangat ker rupa kukis aku nihhhh....aku pikir dan berkata sendirian pas mak aku cerita kat aku.....hahahahaha....tak kisahlah rupanya camner janji sedappppp....majoriti pas makan tak bleh berenti...asik nak lagi dan lagi dan lagiiii....

Tanpa buang karen aku dan korang....marilah kita layan resepi sementara rajin...resepi ni memang sedang elok jer dia punya bahan dan kejadian...sikitpun aku tak ejas...tapi aku tambah lebih choc chip dan badam cincang....lain2 sukatan semua sama....seingat akulah....hehehe....kalo aku bleh buat korang lagi2lah boleh....






Nama Resepi : More Chips Kukis ala Famous Amous Cookies
Sumber Resepi :- Raihanna@SweetVanilla
Tukang Ejas Dan Buat :- Aku

Bahan2 Untuk Di Mixer

*1 biji - telur
*3/4 cawan - gula perang/brown sugar
*1/2 cawan - gula pasir
*1 cawan - buttercup suhu bilik
*1 cawan - minyak jagung
*1 sudu besar - susu segar
*1 sudu besar - esen vanilla

Satukan semua bahan A  bertanda ( * ) diatas dalam satu mangkuk dahulu untuk di mixer.

Bahan2 Kering 

4 1/2 cawan - tepung gandum
1 sudu teh - garam
1 sudu teh - cream of tartar
1 sudu teh - soda bikarbonat
1 cawan - badam cincang
1 cawan - coklat cip hitam
1 cawan - coklat cip putih

Satukan semua bahan kering diatas dalam bekas yang lebih besar untuk memudahkan kerja menguli.

Cara2

1.Mix guna mesin kesemua bahan  A sehingga sebati atau agak2 gula2 tu hancur dan sedikit berkrim.

2.Gaul sebati dengan bahan kering.

3.Simpan adunan lebih kurang sejam dalam peti ais untuk memudahkan proses membentuk.

4.Selepas sejam keluarkan dari freezer kemudian boleh adunan dikepal atau diacu ikut suka.

5.Untuk cara biasa...kepal adunan sebesar duit 50sen kemudian tekan dengan garfu...jangan kepal terlalu besar dan susun terlalu rapat sebab adunan akan mengembang sewaktu dibakar.

6.Panaskan oven hingga 5 hingga 10 minit untuk permulaan dengan suhu 170'c atu ikut oven masing2 punya cara dan tahap kepanasan yg sesuai.

7.Bakar adunan lebih kurang 10 hingga 15 minit jika adunan dibuat kecil dan nipis sedikit.

8.Jangan risau atau terkejut jika terlihat atau terasa adunan selepas bakar agak lembik dan lembut.Alihkan sahaja adunan terus ke atas redai...angin akan menyejukkan adunan kukis dan akan membuat kukis lebih rangup.

9.Simpan dalam bekas kedap udara selepas semua kukis sejuk.

rupa adunan sebelum disejukkan dalam esbok

errr...buruk sangat ker rupa kukis ni....ehekkkk

meredai sebelum menyimpan....


Tips Tambahan

--->double'kan adunan kalo nak buat lebih
---> ikut resepi asal kena guna gula pasir  3/4 cawan...tapi aku cuma guna 1/2 cawan...so terpulang samada korang nak guna  3/4 cawan atau 1/2 cawan...ikut suka manis masing2...apapun sukatan gula pasir tu...ianya tetap tak jejas segala rasa dan tekstur...cuma antara manis sikit dengan manis banyak jer....
---> uli tu tak payah over2 macam2 nak buat roti canai...cuil2 golek2 agak sebati semua bahan mix dengan tepung dan coklat cip tu jadilah...
---> Jangan anginkan kukis teralau lama kat luar nanti lemau balik kukis tu.
---> Jangan pandai2 bakar balik kukis tu kalo korang tak konfiden kukis tu akan mengeras...peracayalah...cukup masa pembakaran....alihkan sahaja kukis terus keatas redai untuk sejukkan sikit...nanti dia akan jadi keras perlahan2....lainlah kalao dah setengah jam korang letak kat redai pastu tak jugak keras...maknanya suhu bakar tak cukup atau masa bakar terlalu singkat...ikut kukis tu punya besar dan tebal...tebal dan besar lamalah...kalo macam yang aku buat...15minit cenggitu lah...cukup time aku kasi pindah kat redai pastu dah sejuk sikit ngan keras baru aku pindah masuk kat bekas.

Selamat Mencuba....

---> sumber gambar dari aku punya instagram

Nota Tambahan :- entry ni dah lama buat cuma baru nak publish....lambat sebab nak transfer gambar...sila jangan terkejut...hehehe


1 ulasan:

  1. K.Dila, tepung yg k.Dila ckp kene beli kat bakeri shop tu tepung gandum tu ke? Ke boleh guna tepunf gandum biasa? Nak rasa sebijik mcm makan kat puchong aritu okay so bg resipi sebijik jugak.. Haha
    -ana-

    BalasPadam

Nak Komen Boleh....Tak Nak Komen Pun Boleh