Assalamualaikum....
Aku harap ini adalah entry resepi yg pertama aku post untuk beberapa bulan ni yg memang sebenarnya dah lama giler aku tak post...aku betul² tak sempat....bizi manjang walau duk umah sajer... Banyak benda baru masuk dalam kepala....jadi banyak'lah plak idea dan rasa nak xplore bebenda baru ni....tapi hal² yg camtu aku tak citer kat blog ni...kat blog lagi satu yer....hihihi....blog ni harus ceria gumbira bersama resepi² pilihan....hahahaha
Oklahhhh....tanpa membuang masa yg ada....jom kita tengok resepi...Opsssss.....lupa plak nak habaq....resepi ni aku dapat dari seorang kawan....kawan lelaki yg dah berkhawin....kawan aku ni jawa tapi isteri dia yanggon mari....menurut kawan lelaki aku ni...resepi ni mak mertua dia yg bagi....so ini bukanlah resepi aku... Aku belum pernah jejak yanggon atau luar negara mana² lagi.....tapi resepi ni aku ada tokok tambah seperti biasa...originalnya takder ketumbar dan lada hitam...itu saja....hehehe
Nama Resepi :- Ayam Goreng Halia Yanggon Style
Sumber Resepi :- Mak Mertua Kawan
Tukang Masak dan Ubah Resepi :- Aku
Bahan²
10 ketul - ayam
*3 batang - serai --> dihiris halus
*1 biji - bawang besar --> dihiris halus
*3 ulas - bawang putih --> dihiris halus
*1 sudu besar - jintan manis
*1 sudu besar - jintan putih
*1 sudu besar - ketumbar
*1 sudu kecik - lada hitam
Serbuk kunyit --> secukupnya
Garam --> secukupnya
Cara²nya
1.Kisar semua bahan bertanda ( * )
2.Lumurkan pada ayam yg dah siap bersih bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya.
3.Perap ayam selama 2 jam dalam peti ais dingin kalau mengikut resepi yg asal.Oleh kerana aku nak cepat...makanya aku perap dalam peti ais bahagian beku selama 15minit ke 20 minit...make sure jangan sampai beku sudah.
4.Keluarkan dari peti ais terus goreng dalam minyak yg sederhana panas dan sederhana apinya...kalau api kuat sangat takut rempah jadi "geseng" isi pulak tak masak.Masa memasak juga kalo boleh tutup kuali dengan tutup periuk untuk jadikan ayam cepat masak dan lembut.
Selamat Mencuba...
0 23-->> Orang Juri Komen:
Catat Ulasan
Nak Komen Boleh....Tak Nak Komen Pun Boleh