Khamis, Mac 14, 2013

My Chicken Chop Mushroom Gravy & Mix Vege Salad

Assalamualaikum......Wohaiii...!!! <--- pengaruh blogger kereta mayat

Hari ni aku nak kongsi satu resepi....respi ni aku amik dari Majalah Rasa yg ada blogger inchik Adnan Ibrahim Dapur Tanpa Sempadan a.k.a Che Mat Gebu... kak Azlita Aziz a.k.a Masam Manis dan Kak Wan a.k.a Citarasawan dan LAIN2 ...seriusnya aku dah lama tak beli mag resepi2 ni....sebab bagi aku banyak yg tak tepat...kalau setakat untuk nak dapatkan resepi asas'nya tu bolehlah...tentang sukatan biasanya banyak yang tak tepat.... nak2 resepi kek2 atau biskut2....kalau tang lauk pauk tu kira bolehlah....

sumber gambar dari blog Che Mat Gebu

Jadi macam biasa aku kalau dah suka giler ngan resepi tu...aku akan baca dan kelek mag resepi tu berjam jam dan kadang behari hari pernah jugak aku tidur sambil pegang mag resepi ...sib bek mag tu tak kena ngences ngan aku...ehehehe

Setakat nak dapatkan stok ayam tu tak berapa susah sebab biras aku tokeh ayam....tepon jer mintak nanti ayam pun sampai...kadang tak yah mintak pun dah sampai...---> itu juga salah satu kelebihan tinggal serumah dengan mak

Ayam dah ada...bahan2 yg dimintak dalam resepi tu pun ada....jadi apa tunggu lagi.....jom kita layan resepi....





Nama Resepi :- Chicken Chop Mushroom Gravy & Mix Vege Salad 
Sumber Resepi : - Majalah Rasa --> Mac 2013 --> Edisi 140
Ditokok tambah tolak oleh :- Aku

Bahan2 Untuk Chicken Chop

5 ketul bahagian isi - dada atau paha ayam - dibuang tulang
*1 sudu besar - serbuk paprika / serbuk lada putih
*2 biji - telur dipukul sedikit dan dicampur sedikit sos 'worcestershire'
*garam secukupnya
serbuk roti - secukupnya

Cara2nya

1.Perap isi ayam dengan serbuk lada atau paprika dan sedikt garam

2.Salut ayam dengan telur dahulu kemudian baru salut dengan serbuk roti

3.Goreng dengan api sederhana besar sehingga kuning keemasan

Bahan Untuk Mushroom Gravy

3 sudu besar - brown sauce glaze 'knorr' dibancuh dengan air
3 ulas - bawang putih
5 biji - cendawan butang
2 sudu besar - sos lada hitam
garam secukupnya
air secukupnya

Cara2nya

1.Tumis bawang putih sehingga naik bau kemudian baru masukkan cendawan butang

2.Masukkan brown sauce yg dah dibancuh air

3.Masukkan pula sos lada hitam biarkan memdidih dengan api kecik

4.Perasakan dengan garam dan boleh tambah air jika sos terlalu pekat

5.Renih sos sehingga dapat kepekatan yang kita suka

Bahan2 Untuk Mix Vege Salad

sepeket kecil mix vege - direbus dan ditos
mayonis - secukupnya
lada sulah - secukupnya
jus lemon - secukupnya

Cara2nya

1.Campurkan mix vege yang dah direbus dengan semua bahan diatas...

2.Simpan salad dalam esbok bawah sebelum dihidangkan untuk lebih sedap

Selamat Mencuba


2 ulasan:

  1. Okeh nk tuntut ilmu buat sos gravy.. copy resepi ni kak long kawasan.. 😆😆😆

    BalasPadam

Nak Komen Boleh....Tak Nak Komen Pun Boleh