Jumaat, Januari 29, 2010

Spaghetti Chunky Chicken


Ekceli dah lama dah dapat resepi ni tapi aku jer yang malas nak buat....so sempena birthday somiku yang ke 29thn.....ku cuba gak memasak spghetthi itew.....

Spaghetti

Resepi Asal :- Maknya Nurul ( nurul ni kawan aku...)
Resepi Tokok Tambah :- Aku ( puan punya blog...)

Bahan-bahan


1 paket spaghetti san remo - aku guna 1/2 paket jer
1 botol sos preego - aku amik yang ada mushroom
1 biji bawang merah besar - kes takde bawang kuning
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kari - aku guna rempah kari faiza
2 sudu air asam jawa
1 keping dada ayam tanpa tulang itu dicencang halus
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1.didihkan air pastu letak garam sikit then rebuslah itu spaghetti lebih kurang 10minit pastu tos sampai kering
2.panaskan sedikit minyak pastu masukkan ayam kacau2 sikit sampai air ayam yang keluar tu kering
3.buatkan lubang ditengah2 letak minyak sikit pastu tumis lah bawang merah dan putih yang telah didadu itu
4.pastu plak masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air
5.agak2 dah naik bau tu....masukkan sos preego dan kacau sehingga sebati
6.kalau sos agak pekat masukkan air sikit....
7.masukkan air asam jawa dan perasakan sekali dengan garam dan gula...
8.dah siap hidangkan dan ngap2...


**Yang kat bawah ni plak resepi asal 
**kredit to nurul nadia and her mom....aku copy + paste dari wall pesbuk aku....

Bahan-bahan

-Spagetti
-Sos spagetti prego traditonal
-daging cincang
-Serbuk kari cmpur air(sukatan kari tu ikut suka..nak pedas letak byk..xnak pedas jgn byk)... Paparan Lanjut
-cendawan butang potong nipis
-bawang besar(kuning) potong dadu

Cara:
-rebus spagetti
-panasakn kuali dan masakkan daging cincang sampai kering
-ketepikan daging(ada bulatan tengah2)
-masukkan minyak masak
-then dah agak panas,masukkan bawang besar yg di potong dadu tu...goreng sampai agak2 layu
-masukkan serbuk kari dan goreng separuh garing..jgn garing sgt tau
-then masukkan sos spagetti prego tu...dan gaul terus dgn daging yg kita ketepikan tu...
-letak asam keping
-gula
-garam
-cendawan butang
-kalau pekat sgt bole tmbah air sikit

Sekian dan Selamat Mencuba

0 23-->> Orang Juri Komen:

Catat Ulasan

Nak Komen Boleh....Tak Nak Komen Pun Boleh