Sabtu, Februari 06, 2010

Old Time Chicken Soup @ Sup Ayam Masa Dulu

Oleh kerana anak bujangku tengah demam sampai ngigau2.....lalu dimintak mamanya untuk masak sup ayam.....sebelum laki aku balik rumah dari tempat kerja aku dah pesan belikan ayam.....Lepas maghrib tadi aku mulalah masak sup ayam yang bagi aku kalau kat rumah takde pape bahan yang sepatutnya...cubalah resepi aku ni....
Lagi pun bila aku cakap ngan makmertua aku aku masak sup ayam style macam ni pakai ktmb,jm dan jp....makmertua aku terus kata dulu2 memang masak sup style camni....memang ringkas dan sedap.....tak yah nak blend....semua pakai potong2 jer....macam ktmb,jm dan jp aku memang dah ada stok yang dah blend kasar....yelah senang kalau dah blend siap2...kot nak goreng ayam berempah ke....aku plak selalu goreng tempe mesti letak rempah ktmb,jm dan jp....
tapi hari ni aku masak tak bubuh halia .....dah habis....but still rasa sedap ....yang penting bm,bp,ktmb,jm dan jp mesti ada....kalau takder tu semua tak yahlah masak.....abih cerita.....

Bahan-bahan

Ayam - potong kecik2 sikit
bawang merah- dihiris
bawang putih- dihiris
halia- dihiris
ketumbar- tumbuk kasar
jintan manis- tumbuk kasar
jintan putih- tumbuk kasar
kiub pati ayam knorr
garam secukup rasa
lobak atau kentang nak letak boleh taknak pun tak jejaskan rasa...

Cara Masak

1.tumis bawang merah,bawang putih,halia berserta ketumbar,jintan manis dan jintan putih sehingga wangi
2.masukkan ayam dan tumis lagi
3.agak2 kering sedikit masukkan air sebanyak yang diperlukan
4.biarkan mendidih then masukkan garam secukup rasa dan kiub pati ayam knorr atau apa2 brand pun tak kisah...nak letak boleh tak letak pun takper....
5.siap untuk dihidangkan

*ktmb-ketumbar *jm-jintan manis *jp-jintan putih *bm-bawang merah *bp-bawang putih

1 ulasan:

  1. salam,

    Shoutbox tak ada bagi tau kat sini saja..
    hari ni nak tau hadiah apa?. Klik hadiah utk lihat hadiah kpd Top 10 readers. Jgn lupa sign in difollower utk rekod setiap kali kehadiran.

    BalasPadam

Nak Komen Boleh....Tak Nak Komen Pun Boleh