Khamis, Januari 24, 2013

My Simply Coselaw

Assalamualaikum....

Dah beberapa hari ni aku agak kurang sihat sedikit...batuk yang tak nak berhenti...sakit segala kepala dan pundi2....sungguh agak terseksa tapi aku tahan juga...

Malam ni aku nak kongsi satu resepi yang amat2 simple....simple sangat dan aku tahu semua orang suka makan dan tahu cara nak buatnya...

Memulanya aku nak masak lemak putih jer....tapi mak dah petik pucuk ubi...makanya dah betukar rancangan...aku pun buat Masak Lemak Pucuk Ubi...kobis ngan lobak plak sila ketepi...tapi petang semalam masa adik beradik semua berkumpul untuk haiti kat rumah mak...aku terus hiris2 dan dadukan kobis ngan lobak...aku bancuh terus jadi coselaw...

Bukan susah manapun....aku tabur jer apa yang ada...yang penting ada mayonis....tapi kak ipar aku kata banyak kali dia buat tapi tak berapa menjadi....aiiii entahlahhh

 gambar coselaw yg aku ada beserta ramalan kaji cuaca pada hari itu.....hehehe



Nama Resepi :- Simply Coselaw 
Sumber Resepi :- Tiada

Bahan2

1/4 bulat - kobis putih ---> dihiris halus
1 batang - lobak merah --> didadu
2 sudu besar - gula pasir
1 sudu kecik - lada putih berperisa brand "Ajishio"
4 sudu besar - mayonis "Lady's Choice"
2 sudu besar - sandiwch spread brand "Kewpie"

Cara2nya

1.Gaulkan kesemua bahan dalam satu bekas

2.Rasakan gula secukupnya....boleh tambah kalau kurang

3.Simpan dalam peti ais selama 10 minit atau lebih...

4.Cukup masa boleh dihidangkan

Tips Tambahan

-boleh tambah dengan hirisan kobis ungu kalau suka

-boleh juga dadukan bawang holland jika suka

-tos betul2 semua sayuran supaya coselaw tak terlalu berair


Selamat Mencuba

--> koleksi gambar upload dari instagram


0 23-->> Orang Juri Komen:

Catat Ulasan

Nak Komen Boleh....Tak Nak Komen Pun Boleh