Rabu, Disember 26, 2012

My Sambal Sotong Kembang

Assalamualaikum...

Resepi ni atas permintaan seorang kawan dan sahabat merangkap saudara aku....alaaaa benda simple jer ni....resepi yg aku biasa masak sejak aku belum khawin lagi....tapi tak terpikir langsung nak buat entry...kawan aku mintak resepi barulah aku terhegeh hegaeh nak buat....inipun sebenarnya dia dah lama mintak resepi sebelum aku gi holiday kat Kuching...bukan aku lupa tapi aku punya masa agak terhad...banyak benda nak settle sebelum pergi dan selepas balik.... huhuhu ---> alasannnn

Sesekali ke pasar mesti beli barang 3 hingga ke 4 ekor sotong yg dah kembang tu.....paling tak bleh blah jugak selama 2 hari berturut aku masak sambal sotong....hari pertama aku masak buat makan sendiri...hari kedua aku masak...aku siap gi mengantor kat rumah kawan2 aku yg rumah2nya boleh tahan jauh...tapi tak terasa jauh sebab diorang sentiasa dekat dihati...diorang pun tak pernah berkira apa2 dengan aku kalo nak bagi...makanya aku pun tak pernah berkira dengan diorang...namapaun kawan namapaun sahabat...apa guna mengaku kawan dan sahabat kalau tak nak bersusah dan bersenang bersama....kan kan kan...???

Satu yg aku nak tekankan kalau masak sambal sotong atau apapun namanya sambal...tak perlulah nak blend cili kering dengan bawang merah bawang putih dan halia bagai...sebab bagi aku itu semua akan menjejaskan rasa cili yg sebenar...aku suka masak sambal sebab tak perlu nak kopek pelbagai bawang...aku cuma guna bawang merah besar pastu hiris2 jer....masak cili dengan api sederhana supaya cili betul2 masak....jarang ahli keluarga aku makan sambal aku pastu sakit perut...dan sambal kalau betul masak2 punya gerenti tak sakit perut sungguhpun pedas dan sambal tahan lebih lama walau dah dua hari tak dipanaskan....percayalahhhhh...

Okay...cukup aku kongsi petua masak sambal...sekarang korang layankan resepi dari zaman aku budak sampai dah beranak pinak....


Nama Resepi :- Sambal Sotong 
Sumber Resepi :- Dari Zaman Budak2

Bahan2

3 ekor - sotong kembang --> potong ikut kesesuaian
2 cawan - cili kering kisar
1 biji - bawang besar dihiris
1/2 ibu jari - belacan
1 keping - asam keping
3 sudu besar - kicap manis cap "kipas udang"
Garam & Gula - secukupnya

Cara2nya

1.Panaskan minyak secukupnya....tumis bawang hiris sekali dengan cili giling dan belacan sehingga cili masak dengan api sederhana.

2.Masukkan garam dan gula kemudian baru masukkan sotong kembang.

3.Masukkan asam keping kemudian biarkan didih sehingga sotong mengeluarkan air.

4.Tambahkan kicap dan rasa garam dan gula secukup dan sesedapnya mengikut selera.

5.Siap dihidangkan.

Tips Tambahan

-sesedapnya sambal sotong ni adalah lebihkan gula untuk rasa manis...apapun ikut selera masing2.
-nak dapatkan sambal cair boleh tambahkan air.



hot2 dish in a hot2 day.......

gambar yg buat ramai org terliur lalu dua hari berturut aku masak sambal sotong....

Selamat Mencuba...!!!

***aku tak kata resepi dan teknik aku yg terbaik tetapi inilah cara aku...cara orang lain aku ambik tahu dan tapi tak ikut pun....selera masing2...so tak perlu nak pertikai...


1 ulasan:

  1. Nak try buat ni sis.. first time nak masak sotong kembang ni...

    BalasPadam

Nak Komen Boleh....Tak Nak Komen Pun Boleh