Ahad, Jun 19, 2011

My Popia Isi Ketam With Homemade Chilli Sause

Salam semua.....!!!

( Huhuhu...kena type balik segala kata yg penuh penghayatan tadi.....tengah syok2 type tetiba lappy ni terpengsan sekelip mata....habis semua idea....takper2...kita mula sekali lagi..)

Semalam aku buat Popia Isi Ketam...nama dan resepi cam biasa2 jer...tak adventure langsung kan...?? tapi ada satu yg sangat mencabar aku iaitu The Making Off Chilli Sause....demi nak xplorer buat sos sendiri...semua botol sos yg ada aku belek....tengok bahan2nya...walaupun ada kebanyakkan bahan langsung takder dalam stok....aku tetap nak cuba buat sos sendiri....senang cerita dari 5 jenis sos cili aku combine semuanya menjadi satu sos buatan sendiri.....boleh tahan jugak untuk percubaan yg pertama....mak pun puji kata cam sos dalam boto....huiyooooo setaraf ngan yg ada dipasaran....dasyat'kan....bagi org lain yg pro2 mungkin anggap cam biasa2 jer tapi pujian dari mak itu yg buat aku rasa bangga dan semangat....it's not easy yarrrr.......


Popia Isi Ketam

Bahan2nya

Kulit Popia
Jejari Isi Ketam
Air

Cara2

1.Gulung jejari isi ketam dalam kulit popiah kemudian lekatkan dengan air
2.Siap semua gulung...bolehlah digoreng

Bahan Untuk Sos

Bahan2nya

20 batang - Cili Kering
2 batang - Cili Merah
4 ulas - Bawang Putih
5 sudu besar - Cuka
1 sudu besar - Tepung Gandum
Garam
Gula
Air

Cara2nya

1.Gunting cili kering dan buang bijinya
2.Blender semua bahan diatas dengan air secukupnya kecuali cuka garam dan gula
3.Jerang bahan2 blender semua didalam periuk
4.Tambahkan air,cuka,garam dan gula secukupnya dan didihkan sehingga cili benar2 masak


Tips Tambahan

1.Untuk cili merah tak perlu gunting dan buang bijinya
2.Jangan rebus cili kering...dah gunting2 buang biji...basuh kemudian terus jer blender dengan bahan2 lain.
3.Boleh kurangkan atau lebihkan cili mengikut citarasa
4.Air juga ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan seperti mana yg kita nak
5.Masak cili sampai tanak betul...nak tahu dah masak ialah bila kita hidu...bau cili tu dah takder
6.Kalau rasa sos agak pekat boleh dicairkan denan hanya menambah air sahaja....


Sos ni boleh buat cicah macam2....keropok boleh...keropok lekor boleh....jemput2 boleh....sos cucr udang pun boleh....jadikan sos tahu sumbat pun boleh....

Kalau dah buat banyak2....simpan dalam botol....simpan dalam peti ais.....kalau tak nak simpan dalam esbok pun boleh....makesure cili tu benar2 masak....tapi tak jaminlah berapa lama boleh tahan....belum xplorer lagi....tapi apa salahnya kalau mencuba kan....kan kan kan....????

Jumpa lagi kawan2....dannnnnn

Selamat Mencuba....!!!

5 ulasan:

  1. terima kasih....dan salam perkenalan juga dari saya...

    BalasPadam
  2. InsyaAllah nak cuba resepi ni. Selalu juga tertanya-tanya macam mana buat sos dia. Terima kasih. :)

    BalasPadam
  3. Salam, nak tanya..kenapa letak tepung gandum ye untuk sos tu?

    BalasPadam
  4. @Salwa

    walaikumsalam salwa....
    tujuan letak tepung adalah untuk memekatkan sedikit sos...tapi tak selikat guna tepung jagung....cara ni saya nampak Rachel Ray guna untuk memekatkan kuah atau sos...

    Terima kasih atas kunjungan salwa dan semoga salwa akan berjaya membuat sos sendiri...

    BalasPadam

Nak Komen Boleh....Tak Nak Komen Pun Boleh