Khamis, Januari 13, 2011

My Asam Rebus Ikan Kembung

Resepi paling senang....semua tinggal rebus ajer....ikan aku lebih suka guna ikan kembung....rasa macam lebih sedap.....tapi pernah jugak aku masak guna ikan siakap....ok jugaklah.....kalau anak2 aku ada kuah ni....bertambah2 makan nasik.....pastu buatlah sambal belacan...goreng ikan masin sikit.....perghhhh bukan anak2 jer......aku pun makan bertambah.....

Sesetengah resepi hanya guna cili padi sahaja....tetapi aku suka campur.....cili padi lebih sikit pastu tambah cili merah sebiji supaya warna kuah tu agak menarik....dan penggunaan kiub ikan bilis juga membantu supaya kuah ini lebih sedap....dan sememangnya sedap....trust me....

*Bahan Utama
Ikan Kembung atau sebarang ikan kesukaan

*Bahan Dikisar
1 biji - Bawang BesarMerah
5 biji - Bawang Putih
5 biji - Cili Padi
1 biji - Cili Merah
2 inci - Halia
2 inci - Kunyit Hidup @ 2 sudu kecik -Kunyit Serbuk

*Lain2 Bahan

1 batang -Serai Diketuk
3 keping - Asam Keping
1 kiub -Kiub Ikan Bilis Knorr@Maggi
5 batang - Bendi*optional

*Cara2nya
1.Didihkan air dalam periuk yang nak dimasak....kira2 setengah periuk jer
2.Masukkan bahan2 yang dikisar....serai dan asam keping.....didihkan lagi.....masukkan bendi
3.Masukkan gula garam dan kiub ikan bilis
4.Masukkan ikan kembung....
5.Didihkn sehingga ikan masak....
6.Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas...sambal belacan dan ikan masin kepala batu.....

Hari selasa aku masak lauk ni....tapi lupa nak snap gambar.....len kali kalau aku masak camni lagi aku abik gambar pastu letak kat sini.....barulah syiok kannnn...
Lagi satu lupa plak nak bagi tahu.....cara2 dan bahan2 diatas boleh digunakan untuk buat masak tempoyak tapi bukan lemak tempoyak yer.....kalau masak tempoyak bahan2nya sama cuma masa blen bahan2 aku suka blend sekali tempoyak tu pastu terus jer renehkan dalam periuk.....

Pasni aku nak entry pasal buat Sambal Pecal yang aku belajar dari mak mertua aku yang tersayang....
Ta ta....

0 23-->> Orang Juri Komen:

Catat Ulasan

Nak Komen Boleh....Tak Nak Komen Pun Boleh