Khamis, April 01, 2010

MyDonut.....

Semekkum semua ....... bertemu kembali kita bersama dalam rancangan bersama 
Jangan Malas Memasak yang dibawa khas oleh Tong-Gas79.....
Kali ni aku nak ajar buat donut.....semua suka makan donut kan.....tak suka takper.....aku tak kisah pun.....huehuehue......
Emmm......kali ni aku nak tepek resepi donut.....resepi ni aku cuba dari web/forum mana ker aku tak ingat....kucari gali sumber resepi itu untuk dikreditkan kepadanya ......tapi tak jumpa......sorilah yek.....
Tapi resepi donut ni yang paling sempoi dan amat mendapat pujian dan sambutan dari kalangan ahli keluarga dan juga sahabat handai.......aku pun sukakkkkk
Aku selalu buat lebih2.....boleh difrozenkan....caranya.....goreng sekejap pastu simpanlah dalam bekas dan letak dalam freezer....len kali kalo nak makan pun senang......goreng api sederhana sahaje......easy kan....!!!

Bahan-bahan
3 cawan - tepung gandum
1/2 paket - mauripan
1 sudu - marjerin
2 sudu - susu pekat
1 biji telur
Air sejuk dari peti ais secukupnya 

Cara-caranya
1.Satukan tepung dan muripan ,gaul sebati
2.Masukkan marjerin gaul lagi sebati,campurkan pula telur dan susu ,gaul lagi sampai jadi macam bread crumb
3.Bila semua bahan diatas dah sebati, baru masukkan air sejuk dari peti ais sedikit demi sedikit....
4.Uli terus sampai jadi doh
5.Rehatkan doh supaya naik sekali ganda lepas tu tumbuk2 doh untuk keluarkan angin dan uli doh sedikit lagi....kemudian rehatkan sekali lagi
6.Canai doh dan terapkan jadi donut
7.Goreng....dah sejuk baru taburkan gula
8.Siap dihidang

Tips : Jangan campur tepung lagi kalau doh lembik dan melekit...teruskan menguli sehingga doh tidak lagi melekat ditangan...




Selamat Men'Donut...!!!


1 ulasan:

  1. SEDAPNYE..
    JOM SINGGAH BLOG SYA :)

    http://rambut-kugugur.blogspot.com/

    BalasPadam

Nak Komen Boleh....Tak Nak Komen Pun Boleh