Khamis, September 29, 2011

My Tetelan Daging Asam Pedas Berkari

Dah lama aku nak cuba masak resepi ni....tetapi disebabkan mak aku ni kalo resepi pelik2 dia tak berapa suka...walaupun aku cakap ada resepi ni...orang pernah buat.....tapi kalo dia tak pernah dengar dari org lain jangan harap mak nak kasi aku masak...nak cub apatah lagi....tapi aku tak kisah pun...aku ikut jer cakap mak...aku pun tak suka apa yg dia tak suka....dan aku suka apa yg dia suka.....cumanya ini pun kebetulan ada satu makcik ni datang mengaji kat rumah...pastu dia cerita yg mingu lepas dia buat kenduri pastu masak asam pedas tulang...terus mak aku kata ada ker masak camtu...sedap ker..??

So...tak lama pastu aku beli daging tapi yang tetel'lan jer....aku pun masak lah asam pedas tapi aku bubuh jugak serbuk kari....jadilah daging kari asam pedas...

Alhamdulillah mak aku suka sangat2..... bukan senang nak buat org tua kita gembira....dan itu niat dan impian aku sejak dari kecil semasa aku bergelar anak yatim piatu lagi....andai satu hari nanti aku miliki ibubapa....pasti akan kutatang dan jaga mereka dengan penuh kasih dan sayang....

Oleh kerana mak kata sedap....mak pun kata nanti masa buat kenduri suruh masak macam ni jer....jadi sebelum lupa mari kita scroll down resepi.....




My Tetelan Daging Asam Pedas Berkari

Daging Tetelan - 1/2 kg - rebus sehingga empuk dan simpan airnya
*Bawang Merah - 2 biji yg besar
*Bawang Putih - 6 ulas
*Halia - 2 inci
*Kunyit Hidup -1inci
*Ketumbar - 1st
*Jintan Manis -1st
*Jintan Putih -1st
*Belacan - besar ibu jari
Serbuk Kari Daging - 2sb
Air Asam Jawa - secukupnya
Serai - diketuk
Daun kesum
Daun kantan
Daun Limau
Daun kari

Cara2nya

1.Blender semua bahan bertanda ( * )

2.Bancuh serbuk kari daging dengan sedikit air asam jawa untuk disebatikan

3.Panaskan minyak dan tumis semua bahan blender dan serai

4.Tumiskan sekali serbuk kari yang telah dibancuh dengan air asam jawa

5.Agak dah naik bau...masukkan daging tetelan yg telah direbus dan renihkan sebentar

6.Masukkan air asam jawa secukupnya dan lebihan air rebusan tetelan tadi

7.Perasakan dengan garam dan gula

8.Akhir sekali boleh letak segala jenis daun sebagai pilihan untuk membangkitkan aroma
   ( masa cuba kali pertama masak apa pun tak letak....kali yg ke'lain baru letak....baru explore )

Tips Tambahan

1.Kari ni tak perlu santan...

2.Boleh juga letak hirisan nenas...tapi kalau nak letak nenas kena jaga sikit air asam jawa...


Selamat Mencuba....!!!


0 23-->> Orang Juri Komen:

Catat Ulasan

Nak Komen Boleh....Tak Nak Komen Pun Boleh