Ahad, Mei 22, 2011

My Kek Oren

Salam semua yg ada didapur.....tengah masak atau tengah fikir2 nak masak apa....apa kata pada yg rasa2 tengah rajin tu buat kek oren pulak.....kek yg senang dibuat dan sedap pula rasanya.....macam biasa kek ni bukanlah resepi aku... tetapi dari seorang kawan kat FB Kongsi Resepi bernama Mem Besar....orang singapore gitu.....

Aku punya style kalau buat mencuba sesuatu tu jadi...alamatnya berulang-ulanglah buat sampai bosan atau sampai dah hafal dalam kepala hotak....hehehe....dan resepi yg ada ni bolehlah dipelbagaikan perasanya....memula hari tu aku buatlah perasa Oren....pastu baru aku try perasa Vanilla.....not so bad lah.....

Kisah disebaliknya lagi....sewaktu aku nak buat kek ni....takderlah plak pewarna oren dalam simpanan....nak tak nak gunalah alternatif lain iaitu pewarna kuning telur....hahahaha nasib baik ada...kalu tak mahunya aku gunakan kunyit sebagai ganti....lagi haruu...hehehehe


Bahan-bahan

 3 biji telur- asingkan kuning dan putih
110gm ~ 3/4cwn - gula kaster
125gm ~ 1 1/4cwn - tepung gandum
1sb - baking powder diayak sekali dengan tepung
7sb ~ 1/2 cwn - minyak jagung atau minyak masak
1sb - susu pekat
1sb - esen oren
1sb - pewarna oren

Cara2nya

1.Pukul telur putih dulu hingga gebu kemudian baru masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga kaku.
2.Masukkan kesemua kuning telur dan pukul lagi hingga sebati.
3.Gaulkan tepung ,minyak,susu,esen oren dan pewarna kedalam adunan yg dipukul tadi sehinnga sebati.
4.Lapikkan loyang dengan baking paper
5.Bakar guna api atas bawah dengan suhu 170'c selama 1/2 jam atau sehinnga masak.

Tips Tambahan

1.Kalau takder esen oren boleh cuba gantikan dengan sunquick oren.
2.Kalau takder pewarna oren pulak boleh juga guna pewarna kuning telur seperti yg aku buat.
3.Panaskan oven dalam 5minit ke 10minit sebelum bakar kek.
4.Pastikan telur berada dalam suhu bilik dan jangan terus guna telur dari peti ais.
5.Jangan terus keluarkan kek dari oven selepas masak biarkan sekejap untuk kestabilan tekstur kek.

Okeh geng selamat mencuba....



0 23-->> Orang Juri Komen:

Catat Ulasan

Nak Komen Boleh....Tak Nak Komen Pun Boleh