Khamis, November 12, 2009

Salad Mangga Muda Mayo


Al-kisahnya....ada mangga dihalaman rumah....malas nak tumbuk2 nak goreng2 ala2 nak buat kerabu yang biasa tu....so aku gunalah apa yang ada....hasilnya memuaskan....makan ngan nasi panas pun sedap....kalau buat banyak pastu tak habis....simpan dalam peti ais....makan sejuk2 pun sedap.....


Resepi :- Salad Mangga Muda Mayo
Sumber Resepi :- Pelbagai
Olahan Resepi :- Aku 

Bahan-bahan

1 biji - mangga muda
1 biji - tomato
1 biji - bawang holland
1 sudu besar - serbuk lada berperisa
1 sudu besar - mayonis
garam secukup rasa

Cara-cara

1.Mangga Muda disagat halu atau kasar atau potong hiris halus
2.Tomato bunag biji kemudian didadu
3.Bawang hollang pun didadu
4.Gaulkan kesemua bahan dengan mayonis,lada putih berperisa dan garam secukupnya.
5.Mayonis kalau tak cukup 1 sudu bolehlah tambah lagi mengikut citarasa
2.mangga,tomato dan bawang dihiris halus kemudian gaulkan sebati dengan semua bahan2 yang lain....

Tips Tambahan 

1.Boleh juga campurkan dengan hirisan perut lembu yg telah direbus dan dihiris halus...
2.Boleh campurkan juga dengan hirisan isi ayam
3.Untuk lebih menarik hiriskan juga kacang hijau



Selamat mencuba

0 23-->> Orang Juri Komen:

Catat Ulasan

Nak Komen Boleh....Tak Nak Komen Pun Boleh