Sabtu, November 07, 2009

Cupcake Dan Buttercream

Semalam hari khamis 29 oktober 2009 buat julung2 kalinya saya mendeco cupcake menggunakan buttercream...syukur kepada allah yang telah menganugerahkan kelapangan hati dan fikiran dalam mencuba pelbagai ilmu....saya memang minat dalam bidang makanan2 ni....tak kisahlah masak apa ....lauk pauk ke,biskut2 ke,roti pizza ke,kek2 ke....semua saya suka cuba....selain sebab kerana masak untuk makan,ada  tu saya teringin nak makan sesuatu yang lazat dan sedap,tetapi kekadang harga terlalu mahal dan tempatnya jauh...walaupun saya suka mencuba pelbagai hidangan tapi takdelah sampai nak kopakkan poket  suami keran nakkan sesuatu makanan yang sikit dapatnya dan mahal pulak harganya....bagi orang yang berduit mungkin tak kisah.....tapi kalau saya mau pikir 2 ke 3 kali ....lagi pun malaslah nak keluar semata-mata nak makan.....anak saya ada 4 orang...5tahun 3tahun 2tahun dan baby 2bulan....semua kecik2 lagi....mana nak suap mulut sendiri lagi mulut anak lagi nak pegang baby lagi ....silap2 kang ada yang ter'tumpah2kan air panjat2 kerusi meja lari sana sini...pendek kata tak boleh duduk diam.....

Kalau nak tahu ahli keluarga saya ni ramai.....maklumlah satu tanah ada 5 keluarga .....jerit sikit dah boleh dengar....apatah lagi kalau ada bau makanan2 yang sedap2 ....tak yah jemput pun dah tahu.....dan rasa tak sedap pulak kita makan sedap2 kat luar ....orang tua kita makan biasa2 je kat rumah.....walaupun diorang tak kisah ......saya tak sampai hati nak makan.....sapalah yang tak terliur tengok makanan yang sedap2....

Jadi saya berazam nak cuba dan belajar nak buat makanan2 yang sedap untuk keluarga tersayang....nak belajar kat luar tu bukannya apa tapi masa yang tak mengizinkan....walaupun saya surirumah sepenuh masa...tapi masanya tetap tak cukup2......ada aje kerjanya....

well....resepi keknya saya betul2 buat pakai resepi dari DAMIRA FP by Hayati Ibrahim
sebelum ni say dah cuba bermacam-macam resepi kek coklat....tapi inilah yang paling simple dan sedap...
saya copy paste ajelah kat sini yer.....kebetulan plak memang nak habiskan bahan2 yang dah lama beli dan simpan.....bila tengok resepi ni kebetulan lagi bahan2nya ada dalam stok....laju je saya nak buat....


Chocolate Moist Cake 

Bahan A
1 3/4 cawan tepung gandum
2 cawan brown sugar
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak ( apa-apa jenis pun boleh)
1 cawan susu sejat ( Susu ideal atau lain2 brand atau pun susu segar)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu mkn emulco ( optional) - yang ni tak letak sebab takde
Secubit garam
1 sudu teh nescafe/indocafe - dalam resepi memang takde....saya je memandai tambah..
 

Bahan B
1 cawan air panas mendidih
 

Cara-caranya
Semua bahan bertepung hendaklah diayak terlebih dahulu. Kemudian campurkan kesemua Bahan A. Kacau rata. Selepas itu masukkan Bahan B. Kacau rata dan tuanglah ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan ditaburkan tepung. Bakar pada suhu 180 degree C selama 45 min ke 1 jam.  

( saya tak bakar dalam loyang saya jadikan cupcake....so masa membakar jadi pendek....dalam 18minit dah siap....sebelum bakar panaskan oven dulu dalam 5minit ke 10minit...)



BUTTER CREAM 
Bahan-bahanya 
200gm butter ( saya guna terus satu buku buttercup yang 250gm....malas nak simpan2 )
150gm gula ising - saya ayak dulu ( tang yang ni leceh sikit saya buat ....disebabkan takde timbang jarum jauh sekali yang digital.....terpaksa buat kira2 guna berapa cawan .....tambah tolak bahagi yang saya dapat sukat 1cawan sebab nak samakan dengan 250gm butter tadi...)
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu.

Untuk warna saya gunakan pewarna star brand....




0 23-->> Orang Juri Komen:

Catat Ulasan

Nak Komen Boleh....Tak Nak Komen Pun Boleh